Kelab Fotografi ditubuhkan dengan rasminya pada tahun 2004, selepas dua tahun
pembukaan SMK Pasir Putih. Pada peringkat awal penubuhannya, GPK Ko-Kurikulum Tn Sheikh Mohammed bin Sheikh Ahmad
(telah kembali ke Rahmatullah - mohon sedekahkan surah al-Fatehah buat arwah) pencetus idea, perangsang, sokongan dan
dorongan buat kami semua.
Kelab Fotografi yang digerakkan sepenuhnya oleh
En Sahrin bin Ibrahim hanya menggunakan kamera SLR biasa Canon EOS66 untuk merakam pelbagai aksi-aksi sukan, kelab, persatuan
dan unit beruniform.
Melalui aktiviti mingguan kelab, ahli-ahli kelab didedahkan dengan penggunaan kamera biasa (kompak)
manual dan automatik, SLR, kamera digital dan handycam.
Kelab Fotografi turut merakamkan pelbagai peristiwa yang berlaku dalam video cakera padat (VCD)
bagi majlis dan program anjuran sekolah.
Tahun 2008, merupakan tahun gemilang bagi Kelab Fotografi kerana diberi kepercayaan untuk mengambil
gambar dan video bagi Program 'Outreach' Pendidikan Kerjaya 2008, Peringkat Kebangsaan dari 30 Jun - 3 Julai 2008 di Politeknik
Johor Bahru, Pasir Gudang.
Bermula dari situ Kelab Fotografi terus mengorak langkah bergaya apabila diminta oleh Pejabat
Pelajaran Daerah Pasir Gudang untuk membuat rakaman video bagi Kursus Penulis Muda yang adakan pada 9 Ogos 2008 yang lalu.
Senarai Guru Penasihat dan Pengerusi Kelab Fotografi
SMK Pasir Putih sejak tahun 2004